Description
Many dead voters were identified in the Batang Ai by-election observation (run under Mafrel’s name at that time) -yet the dead voters reported to the EC were not removed even in this current elections. How serious is the EC in removing the dead voters? Report frm our observer to Batang Ai here:
Menurut Daftar Pemilih bagi maksud pilihanraya umum DUN Sarawak ke-10 bagi N29 Batang Ai yang diwartakan pada 25 Mac 2011, pengundi tertua ialah DYG Utat Binti Abg Kamaruden yang lahir pada tahun 1898. Menurut cucu kepada DYG Utat Binti Abg Kamaruden yang ditemuramah oleh pemerhati MEONET, neneknya sudah lama meninggal dunia dan kematian beliau pernah didedahkan oleh pemerhati MAFREL pada piliahanraya yang lepas.
“Nenek saya dikebumikan di Seri Aman dan hal ini telah didedahkan oleh MAFREL,” berkatanya Adam Bin Latip (45), yang juga merupakan pegundi pusat mengundi Kutai, Batang Ai. Namun, beliau berkomen bahawa beliau pun tidak faham mengapa nama neneknya masih tercetak dalam senarai nama pengundi.
MAFREL, iaitu Malaysia for Free and Fair Election pernah mengeluarkan kenyataan akhabar pada 3 April 2009, mendedahkan kesalahan yang wujud dalam senarai nama pengundi semasa pilihanraya kecil Batang Ai, di mana nama 3 orang pengundi yang telah meninggal dunia masih tercetak dalam senarai pengundi. Kenyataan akhbar tersebut juga melampirkan gambar kubur ketiga-tiga orang itu. http://mafrel.wordpress.com/2009/04/04/3-dead-certified-as-eligible-voters-in-batang-ai/
Sehingga hari ini, 2 orang daripada 3 orang itu, iaitu DYG Utat Binti Abg Kamaruden dan Timah Ak Ambal masih berada dalam senarai nama pengundi Dun-N 29 Batang Ai.
Menurut pemerhatian MEONET, 334 pengundi berumur 80 tahun ke atas telah tersenarai sebagai pengundi Batang Ai. Antaranya, 240 orang berumur 80-an, 60 orang berumur 90-an dan 34 orang berumur lebih daripada 100 tahun.
Bilangan pengundi tua yang terlalu banyak itu terlalu luar biasa dan mencurigakan. Dengan menemuramah komuniti tempatan dari 7 pusat pengundi, didapati bahawa sekurang-kurangnya 27 antara 334 orang tua tersebut telah meninggal dunia.
Batang Ai mempunyai 24 pusat mengundi dan pengundi yang sejumlah 8728 orang.
| Credibility: |
 |
 |
0 |
|